Selasa, 15 Mac 2016

Terima Kasih #99

                                                           
                                                        Assalamualaikum..


Alhamdulillah,officially 17 y/o.
Terima kasih ya Allah memberiku nikmat yang sungguh indah.
Genaplah umurku 17 tahun pada 15 Mac.
Terima kasih ma dan abah.Spm dah tahun ni.Buat yang terbaik dehh.Insya'Allah.
Actually dan sejujurnya,aku ni bukanlah seorang ulat buku.Aku ni minat main.Maklumlah anak sulung katakan.Kenalah jadi contoh untuk adik-adik.Nanti buka sekolah ni,banyaklah extra class.Petang dan malam.Malam ada kelas Imtiyaz.So,aku jadi busy.Baru aku tahu,jadi calon SPM ni banyak cabaran dan dugaan.SABARlah wahai Amalin.Hihii.Nak berjaya kena usaha dulu.Nak juga share satu kisah yang aku baca dalam paper tadi.Memang hebatlah kak ni.Boleh bagi kesan deeply buat aku dan korang.Nak tahu tak?
Nama insan yang hebat ni adalah Nik Nur Madihah Nik Mohamad Kamal yang berjaya memperoleh keputusan 20A dalam SPM 2008.Subhanallah.Walaupun hidup dalam kesusahan,kak Madihah mempunyai semangat yang kental untuk menimba ilmu pengetahuan,bahkan beliau pernah menyalin semula kamus yang tidak mampu dibeli dengan tulisan tangan!Jadi,kita hendaklah mempunyai keazaman untuk berjaya dan tidak bergantung kepada latar belakang keluarga semata-mata.Cara belajar kak Madihah pulak ialah:
-mengulangkaji pelajaran pada awal pagi setiap hari selepas solat tahajud.
-membaca Al-Quran yang menjadi amalan sejak sekolah rendah lagi.
-memberi tumpuan penuh di dalam kelas.

Jadikan kak Madihah sebagai inspirasi korang untuk berjaya kelak!

Apabila tengok gelagat kak2 senior menerima keputusan SPM dengan sorak sorai bila mendapat keputusan cemerlang membuat hati ini membuak-buak ingin turut cemerlang seperti mereka.Jangan cakap kosong saje,usaha dan buat ulang kaji.Insya;Allah berjaya.

Result SPM jugak penentu kita.
So,belajar molek deh.

*Maaf kalau terasa kerana membahasakan diri sebagai 'aku'
  Sebenarnya malin nak membahasakan diri sebagai saya kerana kedengaran sopan tapi my soul lebih
  suka kepada perkataan aku.

Kat sekolah,malin berbual dengan rakan menggunakan 'saya'.Jadi sometimes malin guna aku,sometimes saya.Keseluruhan,boleh belaka.

Okey,setakat ni saja.Kalau ada kerajinan untuk tulis dan ada kelapangan,malin akan tulis cerita.

Happy birthday Amalin.
yang ke 17 tahun.
15 MAC 1999




                                                                        By:Aml






Tiada ulasan:

Catat Ulasan