Rabu, 25 Mei 2016

Senior 2K16




              Assalamualaikum


Hai awak?Entri kali ni macam rasa aku hebat sangat-sangat.MasyaAllah.Tak sangka cepatnya bulan Mei nak berlalu,sekarang 25 Mei.Minggu depan,dah bulan Jun dan 6/6/16,Ramadhan tiba.Ramadhan tiba.Ramadhan ya Ramadhan.Ya Allah,SPM pun makin dekat.Jadi,aktiviti berblogging pun mula2 slow.




Berbalik pada entri diatas,yeke?Alhamdulillah,dah jadi senior dah aku.I'm not believe.Sebab aku rasa,aku baru jer masuk sekolah kelmarin.Kadang-kadang bila orang panggil kita 'kak' tu bermakna kita lebih tua la.Cara mudah orang cakap kita ni seniyor la.Tapi aku tak suka orang panggil senior.Yang pasti tu hakikat bila kau dah form five.Aku pun nak perlahan-lahan berhenti guna internet ni.Nak cari inisiatif dalam belajar.Selama ni gak,Subhanallah la aku.Tak tahu nak describe pasal aku bila belajar.Macam-macam jenis ada.Aku ni seorang pelajar yang sederhana dalam pelajaran.Bila muhasabah diri,rasa diri ini mampu menggapai kecemerlangan dan kejayaan(bukan koya deh) sebab kita sebagai manusia tahu bahawa Allah cipta akal kepada manusia agar manusia berfikir.Bila fikir semula,setiap manusia yang berjaya pasti menemui kegagalan terlebih dahulu.Ketika gagal,cuba bangkit.Jangan mengalah.Don't give up.Berusaha.*please malyn.




Aku tahu sebelum ni aku banyak kali jatuh.Masalahnya,aku masih di zon selesa.Tak cuba nak keluar dari zon yang buat aku terbuai dengan kemalasan dan rasa diri ni dah pandai.Kita ni bukannya Clever Girl.hmmmm.*mengenang fi'il yang dulu dan now.Aku juga pernah buat perancangan dan jadual dalam minda tapi tak pernah dituruti.Why with me?:(.Aku ada masa 5 bulan lagi nak ulang kaji.Aku kena manfaat masa yang ada.SPM ni selangkah kita masuk uni ke?nak tanya.Kalau aku nak tanya?Apa perasaan korang saat nama kita disebut sebagai pelajar cemerlang?Syukur,bangga,tak terkata dan macam-macam perasaan ada.Betul ke tidok?Sapa tak nak bagi kejayaan pada ma dan abah.Pasti mau kan buat mereka rasa bahagia.




Minggu lepas,aku exam.Ya Allah,so down bila tengok diri aku jawab kertas exam.MasyaAllah,tulah belajar last minutes katakan.Esok exam,malam tu tiba-tiba jadi tersangatlah rajin.Kasihan otak.Otak pun makhluk Allah cipta.Jaga dia baik-baik.Malam tu,baca buku,buat buku latihan yang tak pernah ada dakwat untuk jawapan.huhuhuhuhu.Bila buat banyak kerja dalam satu masa.Pastinya jiwa ini tension.Orang dah kata,belajar awal-awal la.Ni nak jugak malam exam.So bad!~~~~Tapi kita kena ingat itu ujian Allah bagi untuk kita agar bersabar apabila diuji.Jangan diungkit-ungkit,ya.Ingat Allah bersama dengan kita.Sentiasalah berdoa,mohon dipermudahkan dalam setiap perkara.Amin.

Buat yang akan ambil exam,saya doakan awak semua berjaya dan tak lupa juga agar segala urusan kalian dipermudahkan oleh Allah.DOAKAN SAYA JUGAK.Kalau ada nak share cara belajar.Bolehla.Nak tanya juga macam mana korang berjaya?Macam mana korang bahagi masa?Banyak pulak soalan.Ngada2.Insya'Allah,kita sama-sama berjaya.

Ya Allah,berilah kami ketabahan dan kekuatan untuk mencapai kemenangan.

*Bagaimana nak elak tidur dalam kelas?
  Takut cikgu kecil hati.#mohonbaginasihat







Sekian,
Aml