Ahad, 16 Ogos 2020

FIRST TIME PAKAI BRACES !!!!

 Assalamualaikum.....

     Malam ni naklah share pengalaman memakai braces atau dalam Bahasa Melayu ialah pendakap gigi. Actually, saya teringin nak pakai pendakap gigi since tingkatan 1 lagi. Huwaaa. Tapi tulaa, saya tak pandai macam mana nak proceed permohonan lagi-lagi masa tu balik sekolah memang selalu lewat. Jadi, macam takpelah. Pastu tanya kawan, dia cakap kena pi check gigi dulu pastu baru boleh buat permohonan. Dia kata kena tunggu la sebab kalau kerajaan memang kena tunggulah gayanya. Pastu fikir, malaslah pulakk. Nak buat kat swasta time tu, kos dia agak mahal. So, seorang amalin melupakan niatnya. 

     Tup tup masuk umur 21 tahun, niat yang pernah dilupakan suatu ketika dulu telah tertunai. Saya telah pun mampu untuk membuat pendakap gigi. Nak nangis tau. Rasa bersyukur sangat. Hanya Allah yang tahu bahawa excitednya saya. Bermulalah kisah seorang Amalin yang kini bergigi besi.

     Okey, senanya nak cerita pengalaman seminggu memakai braces. HUHUUHU. Sebelum memakai braces tu, saya pi buat x-ray gigi dekat hospital kerajaan untuk jimat kos. Time tu kejap je buat x-ray. Pastu dalam seminggu camtu buat oppointment kat sebuah klinik pergigian. Klinik ni agak jauh daripada rumah. Pada 8.8.20, klinik call cakap saya kena datang klinik pukul 4 camtu untuk buat pendakap gigi. Dahlah pagi tu pi bandar, makan-makan ehek dan hari sebelum tu pi kenduri tunang. Memang bestlah dapat menikmati makanan dengan bahagianya. 

       Sampai je klinik, wah berdebar-debar sebab takut. Actually masa pakai takdelah rasa sakit sangat pun. Alhamdulillah, time pakai tu takde kena cabut gigi. Proses pemakaian pendakap gigi tu hampir dua jam lebih gitu..Selesai sudah proses memakai pendakap gigi, rasa tak selesa sebab ada besikann. Macam pelik betul mulut time tu. 

       Malam tu, tiba-tiba terus rasa sakit gigi. Rasanya hanya Allah yang tahu. Sakit ddudduddu. Tahan je la. Kan dah besar ahahhaahha. Makan pun kena pantang. Kena makanan yang lembut dan ais ketul memang tak sentuh langsung. Ngilu. Cukup seminggu berat badan saya turun 3kg. Dahlah kurus dah bertambah keding la..Terkejut jugak sebab makan bubur nasi aja. Sekarang pun, masih rasa lagi sakit sikit-sikit. Memang kena sabarlah. Betullah orang kata, beauty is pain. Itu je la cerita seorang amalin yang merasai setiap detik pemakaian pendakap gigi dalam seminggu.